Semua perincian di sini tertakluk kepada perubahan dan ketetapan oleh pihak Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP)
Perkara 47.3 Perlembagaan Parti menyatakan “Selain jika diperuntukan oleh Perlembagaan ini, Pemilihan Parti hendaklah dipanggil oleh Majlis Pimpinan Pusat setiap tiga (3) tahun sekali. Majlis Pimpinan Pusat boleh mengawalkannya atau menangguhkannya bagi suatu tempoh tidak lebih dari enam (6) bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan”
Oleh itu Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Keadilan telah memutuskan untuk memanggil Pemilihan Keadilan mengikut tarikh yang telah ditetapkan
Muat turun Pekeliling di sini :
Pekeliling SUA Pemilihan Parti 2022
Mengikut Pekeliling Setiausaha Agung bertarikh 22 Februari 2022, Pemilihan Parti bagi sesi 2022-2025 akan berlangsung bermula 22 Februari 2022 sehingga tamat pengundian pada 18 Mei 2022. Berikut tarikh-tarikh penting Pemilihan :
PENCALONAN PERINGKAT CABANG :
8 APRIL 2022 – 10 APRIL 2022
PENCALONAN JAWATAN PUSAT :
11 APRIL 2022
PENGUNDIAN BERMULA :
13 MEI 2022
HARI AKHIR PENGUNDIAN :
18 MEI 2022
PERTANDINGAN PERINGKAT CABANG
Peringkat Cabang : 18 Jawatan
(1) Ketua Cabang, (1) Timbalan Ketua Cabang, (1) Naib Ketua Cabang, (15) AJK Cabang
AMK Cabang : 18 Jawatan
(1) Ketua AMK Cabang, (1) Timbalan Ketua AMK Cabang, (1) Naib Ketua AMK Cabang, (15) AJK AMK Cabang
Wanita Cabang : 10 Jawatan
(1) Ketua Wanita Cabang, (1) Timbalan Ketua Wanita Cabang, (1) Naib Ketua Wanita Cabang, (7) AJK Wanita Cabang
PERTANDINGAN PERINGKAT PUSAT
AMK : 25 Jawatan
(1) Ketua AMK, (1) Timbalan Ketua AMK, (3) Naib Ketua AMK, (20) Ahli Majlis Pimpinan AMK
Wanita : 25 Jawatan
(1) Ketua Wanita, (1) Timbalan Ketua Wanita, (3) Naib Ketua Wanita, (20) Ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat
Majlis Pimpinan Pusat (MPP) : 26 Jawatan
(1) Presiden, (1) Timbalan Presiden, (4) Naib Presiden, (20) Ahli Majlis Pimpinan Pusat
Semua anggota parti yang berdaftar sebelum atau pada 31 Januari 2022 layak mengundi dalam pemilihan kali ini. Ini bermakna mana-mana anggota parti yang menyertai (daftar masuk) parti selepas 31 Januari 2022 tidak layak untuk mengundi.
SYARAT TAMBAHAN UNTUK AMK:
Hanya anggota AMK boleh mengundi bagi mana-mana jawatan AMK yang dipertandingkan. Oleh itu semua anggota parti yang lahir pada 1 Januari 1988 dan ke atas adalah anggota AMK yang layak mengundi bagi mana-mana jawatan AMK yang dipertandingkan dalam Pemilihan 2022
Pihak JPP akan mengguna pakai Daftar Anggota sehingga 31 Januari 2022
SYARAT AM kelayakan bertanding :
SYARAT KHAS TAMBAHAN BAGI JAWATAN AMK
Tidak, kerana pada tahun Pemilihan anda dianggap telah berusia 35 tahun. Hanya anggota yang lahir pada 1 Januari 1988 dan ke atas sahaja yang layak bertanding apa-apa jawatan dalam AMK. Perkara ini adalah berdasarkan Perkara 5.1 Peraturan Tetap AMK 2014 yang menyatakan “Semua anggota parti yang tidak akan mencapai usia tiga puluh lima (35) pada 31 Disember tahun berkenaan adalah menjadi anggota Angkatan Muda.”
Bagi anggota yang berhasrat untuk bertanding dalam Pemilihan kali ini, yuran pertandingan adalah seperti berikut :
Pemilihan kali ini akan dijalankan secara hybrid iaitu secara Online dan Fizikal di pusat pengundian.
Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) akan menetapkan hari pengundian bagi setiap Cabang.
Anggota perlu mengundi mengikut hari yang ditetapkan bagi cabang masing-masing.
Masa pengundian yang ditetapkan adalah 7 jam.
Sebagai contohnya, Cabang Selayang ditetapkan untuk mengundi pada hari 15 Mei 2022, maka seluruh anggota Cabang Selayang boleh dan perlu mengundi pada 15 Mei 2022 bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang (7 jam)
Anggota boleh mengundi secara dalam talian menggunakan aplikasi yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).
Aplikasi tersebut boleh dimuat turun melalui pautan ini :
https://play.google.com/store/apps/details?id=org.keadilanrakyat.pkr
Melalui pengundian online, anggota parti boleh mengundi dari rumah tanpa perlu ke pusat pengundian
Anggota perlu mengundi mengikut hari dan tempoh masa yang ditetapkan bagi cabang masing-masing.
JPP juga akan menyediakan pusat pengundian di setiap Cabang.
Anggota perlu mengundi menggunakan tablet yang disediakan di pusat pengundian mengikut tatacara yang ditetapkan oleh JPP
Anggota perlu mengundi mengikut hari dan tempoh masa yang ditetapkan oleh JPP bagi cabang masing-masing.
Pemilihan Keadilan kali ini akan terbahagi kepada 2 kategori.
Kategori A : Jawatan Utama Pusat, Jawatankuasa Cabang, Jawatankuasa AMK Cabang, Jawatankuasa Wanita Cabang – 62 jawatan
Kategori B : Ahli Majlis Pimpinan Pusat – 60 jawatan
Bagi Kategori A, pengundian akan dijalankan secara 1 anggota 1 undi iaitu melalui pengundian Online atau Fizikal. Oleh itu setiap anggota parti akan mengundi untuk 62 jawatan kategori A mengikut proses pengundian Online atau Fizikal yang ditetapkan oleh JPP.
Bagi Kategori B, pengundian akan dibuat oleh Perwakilan di Kongres Nasional AMK, Kongres Nasional Wanita dan Kongres Nasional Keadilan yang akan berlangsung pada Jun 2022.
Setiap AMK Cabang akan menghantar 9 Perwakilan ke Kongres Nasional Tahunan AMK
9 orang ini adalah :
Oleh itu, Perwakilan bagi Kongres Nasional Tahunan 2022 adalah seperti berikut :
Ketua AMK Cabang yang baru menang perlu segera mengadakan mesyuarat untuk melantik 2 orang Naib Ketua AMK Cabang bagi melengkapkan 5 jawatan utama yang secara automatik menjadi Perwakilan.
Hanya Perwakilan yang hadir mengikut tempoh masa pendaftaran Kongres Nasional Tahunan AMK akan layak mengundi. Perwakilan yang tidak hadir atau mendaftar lewat melebihi tempoh pendaftaran akan hilang kelayakan untuk mengundi.
Jika anda seorang anggota anggota AMK (Lelaki), maka jawatan-jawatan ini perlu anda undi dalam aplikasi Online atau di pusat pengundian fizikal :
Jika anda seorang anggota Wanita dan juga merupakan anggota AMK, maka jawatan-jawatan ini perlu anda undi dalam aplikasi Online atau di pusat pengundian fizikal :
FAQ ini disediakan oleh Sekretariat AMK Malaysia
Angkatan Muda Keadilan (AMK)
A-2-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya
@copyrights Angkatan Muda Keadilan Malaysia