Setiap masyaratkat Rim berhak mendapat kehidupan yang lebih baik. Bebas daripada masalah bekalan air, para peniaga kecil ada ruang untuk berniaga, akses internet yang sama laju dengan kawasan bandar dan kemudahan sukan rekreasi untuk anak muda.
Ayuh bersama kita jayakan Harapan ini.
Prasanth Kumar Brakasam
Calon Pakatan Harapan N25 Rim
Setiap masyaratkat Rim berhak mendapat kehidupan yang lebih baik. Bebas daripada masalah bekalan air, para peniaga kecil ada ruang untuk berniaga, akses internat yang sama laju dengan kawasan bandar dan kemudahan sukan rekreasi untuk anak muda.
Ayuh bersama kita jayakan Harapan ini.
Prasanth Kumar Brakasam
Calon Pakatan Harapan N25 Rim
Saya merupakan anak jati Rim. Saya membesar di sini dan sudah pasti saya mahu melihat kampung halaman saya ini terus maju membangun.
Saya merasa sedih apabila masih ada warga Rim yang hidup dihimpit kesusahan. Ada peniaga yang gulung tikar akibat pandemik. Ada anak muda yang masih tidak memiliki pekerjaan. Ada warga tua yang mengharapkan belas ihsan dan simpati orang ramai.
Masyarakat Rim adalah keluarga saya. Kepayahan mereka adalah kepayahan saya. Inilah yang menjadi iltizam untuk saya bangkit menabur bakti di Rim.
Beri peluang kepada saya untuk berkhidmat kepada anda sebagai Wakil Rakyat bagi kawasan N25 Rim
Nama Penuh : Prasanth Kumar a/l Brakasam
—–
Umur : 27 Tahun
—–
Status Perkahwinan : Bujang
—–
Pendidikan : Lulusan Ijazah Undang-Undang daripada University Of London
—–
Pengalaman Kerja : Mantan Setiausaha Khas Hal Ehwal Masyarakat Ketua Menteri Melaka
—–
Pengalaman Politik : Kini merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan bagi Negeri Melaka